Saturday, December 20, 2008

MARUDU BAY BANYAK POTENSI

Rakyat sedarkah betapa Marudu Bay banyak potensi dan sumber alam? Datuk Mximus sangat tahu hal ini. Itu pasal dia sayang betul Marudu. Boleh jadi sumber pendapatan negeri kalau dijana kearah itu, dan boleh juga kembungkan poket sendiri kalau diusahakan ke arah itu. Cuba tanya Datuk Mximus, apa agaknya dalam fikiran beliau. Untuk rakyat Marudu atau untuk siapa. syukurlah bah kalau untuk rakyat. Bertuah rakyat Marudu jika ada pemimpin yang boleh jana ekonomi khas untuk rakyat. Malangah pula kalau satu masa nanti pesisir pantai diambilalih oleh orang asing, penduduk pesisir pantai mana mau lari?....

MARUDU BOLEH...

Marudu boleh! Boleh maju, boleh mundur, boleh berpecah, boleh bersatu. Boleh maju kalau dipimpin oleh pemimpi yang bersemangat dan ikhlas bawa kemajuan. Boleh mundur kalau dipimpin oleh pemimpin yang hanya fikir mengaut keuntungan peribadi. Boleh berpecah apabila ada "devide and rule" . Banyak cara boleh pecah belahkan rakyat kita. guna pelbagai parti, pelbagai persatuan, pecah-pecahkan suku, dan sebagainya. Dan kita hanya boleh bersatu jika dipimpin oleh maanusia yang boleh menarik perhatian rkyat secara sukarla, bukan kerana terpaksa, bukan diumpan apa-apa. Inilah sebenarnya yang kita tercari-cari selama ini...AKIBAT KITA TIDAK BERSATU MAKA DENGAN MUDAH KITA DIPECAH BELAHKAN OLEH PEMIMPIN YANG MEMANG TIDAK MAHU KITA BERSATU, SEBAB DIA TAHU KALAU KITA BERSATU DIA MEMANG KENA "REJECT" SEBAB DIA BUKAN ORANG KITA....

Sunday, December 7, 2008

UNDILAH ORANG SENDIRI, PARTI SENDIRI

Banyak blog orang-orang muda . Panas. Hampir 99% bantai BN. Ada yang bantai sayang dan ada yang bantai habis. Ada blog penyokong PKR @ pakatn rakyat. Antara BN dan Pakatan Rakyat, bagi saya elok lagi BN tapi YANG PALING BEST kalau Sabah diperintah parti sendiri dan orang sendiri yang ok2 punya. Lepas tu joint BN lah. Saya dari dulu tak suka UMNO masuk Sabah. Tun Mustapha dan Pairin pun tak sukaa UMNO masuk Sabah. Tun silap sebab izin dan tarik UMNO masuk Sabah. Last-last bila Tun dah sedar, baru nak lawan. Sudah terlambat!

Saya harap dari dulu adalah parti baru yang mantap lahir di negeri tercinta ini. Kasi tumbang BN sabah tapi kerjasama dengan BN semenanjung. Nampak macam jangal tapi boleh dilakukan. Apa susah, kalau BN semenanjung jual mahal, offer sama Pakatan Rakyat lah bah! Tidak mungkin kedua-duanya tidak mahu sedangkan mereka sedar kerusi Sabah penentu siapa memerintah! Ini formula saya dan kawan-kawan. Rakyat sudah meluat dengan para pemimpin BN. Rakyat juga sedar UMNO sabah hanya mengongkong negeri Sabah. Orang UMNO Sabah pun tau hal ini tapi mereka sayang periuk nasi mereka daripada harga diri Sabahan dan hala tuju politik Sabah.

AYUH! MALAYSIA BOLEH, SABAH BOLEH, MARUDU PUN BOLEH BAH!!!

PERISTIWA BESAR AKAN BERLAKU?

Saya tertarik untuk mengulas tentang kejadian ganjil yang berlaku sekitar bulan november lepas. Kejadian nelayan berjaya menangkap ikan yang luarbiasa saiznya dan pnduduk pesisir pantai gempar dengan sinarn cahaya terang di tengah malam di teluk marudu (marudu bay) memberi saya inspirasi untuk menamakan blog saya dengan nama "marudu bay". Saya ada juga bertanya kepada beliau-beliau yang pandai meramal tentang dua kejadian ganjil tersebut. Mereka kata mungkin ada keluarbiasaan akan terjadi di Kota Marudu atau mungkin ada orang Marudu yang akan jadi orang besar. Ini tidak mustahil kerana imbas kembali kisah luar biasa timbulnya "pulau hairan" di perairan kudat dulu. Tentu orang Sabah masih ingat peristiwa itu bukan? Bukankah selepas itu ada beberapa siri kejadian mengemparkan berlaku di Sabah? Misalnya banjir lumpur di Keningau, tumbangnya kerajaan PBS dan sebagainya. Saya berharap perkara yang baik akan berlaku dan bukan sebaliknya. Marilah sama-sama berdoa atau setidak-tidaknya menanti apa yang bakal terjadi.

MARUDU BOLEH (PART 2)

Wahai anak-anak watan Marudu, bangkitlah. Sudah lama kita dipimpin oleh orang luar. Sudah lama hasil marudu keluar tetapi berapakah yang kita nikmati pembangunan? Jujurlah dalam memberi jawapan kepada persoalan ini! Pilih dan angkatlah anak watanmu sendiri untuk memimpin kita. Katakan ini kepada mana-mana parti yang akan bertanding kelak (PRU-13). Tidak wajar orang luar yang memimpin kita. Sedangkan kita tidak kekurangan anak watan yang berkebolehan!!!

Jika parti-parti itu enggan dengar cakap kita, kita baikot! Kita undi mana-mana parti yang akur dengan kehendak kita! Bukankah demokrasi itu "DARI RAKYAT UNTUK RaKYAT"??? Ayuh kita bersuara. Jangan jadi pengecut di tanah tumpah darah sendiri!!!!!

AYUH BANGKIT SAUDARA-SAUDARIKU!
KITA BANGKIT DARI KEBODOHAN
KITA SEDAR DARI MIMPI YANG AMAT PANJANG
KITA UBATI LUKA YANG AMAT MENYAKITKAN
SAPULAH ARANG TERPALIT DI WAJAH BANGSA
BERDIRI KITA UNTUK BERLARI
MENGEJAR VISI DAN MISI...

MARUDU BOLEH!!!!!!!!!!!!!!
MARUDU BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!
MARUDU BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MARUDU BOLEH!

Saya baru berjinak-jinak buat blog. Saya pilih "Marudu Bay" (Teluk Marudu) kerana saya lahir di Kota Marudu. Saya tahu sejarah Teluk Marudu. Dan terus terang, saya tertarik dengan seorang blogger dari Kota Marudu iaitu lelaki yang mengelar dirinya "sanguru". Beliau selalu paparkan tentang Kota Marudu dan Teluk Marudu.

Sesungguhnya Marudu memang boleh. Kota Marudu tanahnya subur. Orang Marudu pun apa kurangnya dari segi kepintaran. Menurut maklumat yang saya dapat dari kawan-kawan, Kota Marudu mempunyai lebih dari lima orang pemegang Phd. Waw! ini bermaksud otak orang Marudu boleh tahan!

Saya ada terbaca juga artikel pendek "sanguru" tentang "HARAPAN BARU UNTUK SABAH". Beliau ada lukis tentang cahaya muncul di Teluk Marudu. Sebagai orang Kota Marudu, saya fikir itu tidak mustahil. Tidak mustahil parti baru akan muncul! Tidak mustahil juga parti baru itu akan dipimpin oleh anak watan Kota Marudu. Sesungguhnya Tuhan kita Maha Adil, tampuk kekuasaan biasanya ditukar ganti oleh sekalian manusia dan bangsa.

Kepada orang-orang Marudu sekalian, yakinlah! Yakin! Yakin! HIDUP MARUDU UNTUK KESEJAHTERAAN ORANG SABAH SELURUHNYA. SABAHAN BOLEH, KITA TIDAK PERLU PARTI DARI LUAR SABAH. KITA ADALAH KITA BAHHH!...