Sunday, December 7, 2008

MARUDU BOLEH!

Saya baru berjinak-jinak buat blog. Saya pilih "Marudu Bay" (Teluk Marudu) kerana saya lahir di Kota Marudu. Saya tahu sejarah Teluk Marudu. Dan terus terang, saya tertarik dengan seorang blogger dari Kota Marudu iaitu lelaki yang mengelar dirinya "sanguru". Beliau selalu paparkan tentang Kota Marudu dan Teluk Marudu.

Sesungguhnya Marudu memang boleh. Kota Marudu tanahnya subur. Orang Marudu pun apa kurangnya dari segi kepintaran. Menurut maklumat yang saya dapat dari kawan-kawan, Kota Marudu mempunyai lebih dari lima orang pemegang Phd. Waw! ini bermaksud otak orang Marudu boleh tahan!

Saya ada terbaca juga artikel pendek "sanguru" tentang "HARAPAN BARU UNTUK SABAH". Beliau ada lukis tentang cahaya muncul di Teluk Marudu. Sebagai orang Kota Marudu, saya fikir itu tidak mustahil. Tidak mustahil parti baru akan muncul! Tidak mustahil juga parti baru itu akan dipimpin oleh anak watan Kota Marudu. Sesungguhnya Tuhan kita Maha Adil, tampuk kekuasaan biasanya ditukar ganti oleh sekalian manusia dan bangsa.

Kepada orang-orang Marudu sekalian, yakinlah! Yakin! Yakin! HIDUP MARUDU UNTUK KESEJAHTERAAN ORANG SABAH SELURUHNYA. SABAHAN BOLEH, KITA TIDAK PERLU PARTI DARI LUAR SABAH. KITA ADALAH KITA BAHHH!...

No comments: