Sunday, December 7, 2008

UNDILAH ORANG SENDIRI, PARTI SENDIRI

Banyak blog orang-orang muda . Panas. Hampir 99% bantai BN. Ada yang bantai sayang dan ada yang bantai habis. Ada blog penyokong PKR @ pakatn rakyat. Antara BN dan Pakatan Rakyat, bagi saya elok lagi BN tapi YANG PALING BEST kalau Sabah diperintah parti sendiri dan orang sendiri yang ok2 punya. Lepas tu joint BN lah. Saya dari dulu tak suka UMNO masuk Sabah. Tun Mustapha dan Pairin pun tak sukaa UMNO masuk Sabah. Tun silap sebab izin dan tarik UMNO masuk Sabah. Last-last bila Tun dah sedar, baru nak lawan. Sudah terlambat!

Saya harap dari dulu adalah parti baru yang mantap lahir di negeri tercinta ini. Kasi tumbang BN sabah tapi kerjasama dengan BN semenanjung. Nampak macam jangal tapi boleh dilakukan. Apa susah, kalau BN semenanjung jual mahal, offer sama Pakatan Rakyat lah bah! Tidak mungkin kedua-duanya tidak mahu sedangkan mereka sedar kerusi Sabah penentu siapa memerintah! Ini formula saya dan kawan-kawan. Rakyat sudah meluat dengan para pemimpin BN. Rakyat juga sedar UMNO sabah hanya mengongkong negeri Sabah. Orang UMNO Sabah pun tau hal ini tapi mereka sayang periuk nasi mereka daripada harga diri Sabahan dan hala tuju politik Sabah.

AYUH! MALAYSIA BOLEH, SABAH BOLEH, MARUDU PUN BOLEH BAH!!!

No comments: