Sunday, December 7, 2008

PERISTIWA BESAR AKAN BERLAKU?

Saya tertarik untuk mengulas tentang kejadian ganjil yang berlaku sekitar bulan november lepas. Kejadian nelayan berjaya menangkap ikan yang luarbiasa saiznya dan pnduduk pesisir pantai gempar dengan sinarn cahaya terang di tengah malam di teluk marudu (marudu bay) memberi saya inspirasi untuk menamakan blog saya dengan nama "marudu bay". Saya ada juga bertanya kepada beliau-beliau yang pandai meramal tentang dua kejadian ganjil tersebut. Mereka kata mungkin ada keluarbiasaan akan terjadi di Kota Marudu atau mungkin ada orang Marudu yang akan jadi orang besar. Ini tidak mustahil kerana imbas kembali kisah luar biasa timbulnya "pulau hairan" di perairan kudat dulu. Tentu orang Sabah masih ingat peristiwa itu bukan? Bukankah selepas itu ada beberapa siri kejadian mengemparkan berlaku di Sabah? Misalnya banjir lumpur di Keningau, tumbangnya kerajaan PBS dan sebagainya. Saya berharap perkara yang baik akan berlaku dan bukan sebaliknya. Marilah sama-sama berdoa atau setidak-tidaknya menanti apa yang bakal terjadi.

No comments: